Showing posts with label Aku Dan Coklat. Show all posts
Showing posts with label Aku Dan Coklat. Show all posts

13.8.14

Resipi kek Coklat Moist Sedap

Siapa pernah makan kek Anis coklat moist..ala..yang kek bentuk love tu la..ermm..sedapkan..sgt moist, gebu dan bercoklat keknya..Hari tu kak Anis ada share resipi kek coklatnya dalam fb beliau..saya panjangkan di sini pula untuk rujukan akan datang..kalau ada yang nak try silakan..gunakan cawan metrik ye.


Terima kasih kak anis atas resepinya..moga bertambah rezeki Kak Anis sekeluarga..Aminn..

21.8.13

Coklat Pralin yang menggoda

Morning semua.. amacam raya tahun ni? Ada ok? Saya seperti biasalah, semuanya secara sederhana..tahun ni giliran beraya belah husband di Banting. Alhamdulillah semuanya happy belaka..rasa syukur sangat masih berpeluang jumpa mil n adik beradik husband.. anak2 pun happy dapat main dengan sepupunya.. moga ikatan mesra dan kasih sayang ini berpanjangan..InshaAllah. ameenn..

Nak citer la skit pasal kuih raya.. tahun ni first time saya tak buat coklat pralin macam tahun tahun lepas.. saja je ingat nak pelbagaikan kuih maka ku abaikan saja coklat pralin sebab macam dah boring asyik buat coklat je..tahun ni try la buat tart nenas & honey corn pulak.. saja je test market..
tapi..

Rupa-rupanya masih ada peminat rupanya coklat ni..ada la sorang customer ni, katanya beliau teringin sangat nak rasa coklat pralin tu utk raya ni..tahun sudah dah merasa sekali coklat tersebut..so, tahun ni teringat ingat la pulak.. nak di jadikan cerita rupanya beliau sedang pregnant dan mengidam.. mendengarkan kisah itu maka daku pun terbuat jugalah coklat pralin tahun ni.. bukan apa u ollss,,sian kat baby dalam perut tu kang meleleh je air liur gara-gara tak dapat makan coklat buatan ku..
Diharapkan customer tu puas hati & happy la ye.. Alhamdulillah , akhirnya dapat gak merasa coklat pralin tu.

Dan ketika saya menulis di blog ini, nak di jadikan cerita, ada lagi sorang customer whatsapp katanya mengidam cheezy tart nenas la pulak.. aikk..awat sume orang duk ngidam ni? Dah tu ngidam kuih yang limited edition pulak tu.. aiseyy.. stok kuihku semua dah abis..nak buat baru memang la bercinta.. bukan apa, penat buat kuih ari tu belum hilang lagi sebenarnya.. maaflah customer ku ye..tak dapatla daku nak membuatnya.. tahun depan bole? Sanggup ke tunggu?..huhu

Amboii..panjang lebar lak posting ari ni.. sekali sekala.. :)

.. 

Inilah rupanye coklat praline yang diidam-idamkan itu..

12.8.13

Salam Aidil Fitri 2013

Assalammualaikum semua.. masih belum terlambat lagi untukku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua sahabat, rakan taulan juga kepada customer Roxana Kek & Coklat khususnya.. Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap juga terkasar bahasa sekiranya ada semasa kita berurusan. Jika ada kekurangan, InshaAllah saya akan perbaiki dengan lebih baik lagi di masa akan datang.. Bersama-samalah kita bermaafan ye.. 0-0..

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pelanggan yang sudi membeli kuih raya kami tak kira samada secara online atau pun offline. Diharap semuanya berpuas hati dan gembira menikmati kuih raya homemade hasil buatan kami.. Mana yang terkurang harap dimaafkan. Mana yang terlebih saya sedekah dan halalkan.

Akhir kata, semoga AidilFitri tahun ini merupakan tahun yang terbaik untuk kita semua..happy selalu.. senyummm...

Ikhlas : Ana -> Roxana Kek & Coklat

4.6.13

Sedikit Info

As Salam all..Kini, selain blog, anda boleh juga menemui Qaseh Choc di facebook Roxana Kek & Coklat.  Rajin-rajinlah singgah untuk info dan promosi terkini.





11.10.11

2nd Malaysia Chocolate Day 2011


Malaysia Cocoa & Chocolate Day at Mid Valley

 Chocolate showpiece demonstration by Academy Of Pastry Arts Malaysia. Semuanya diperbuat dari coklat termasuk tapaknya..


Its Cocoa Time !!

Di booth LKM dengan produk kecantikan Beautecoa


Puratos after finished their chocolate application demo

Booth Fidani Chocolatier antara booth yang popular dan ramai pengunjung. Termasuklah saya,,sempat gak shopping truffle..

Biji koko mentah sebelum diproses.

Extra Info: Sesiapa yang berminat menjadi usahawan coklat buatan tangan bolehla menyertai kursus pembuatan coklat di Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi. Yuran : RM1,900 (4 hari).

12.6.11

Aku & Fara



Kelas coklat bersama teman lama yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Last jumpa lepas SPM. Sambil belajor coklat,,kita mengimbas kenangan silam..Rindu sehh.. Tq ye Fara..





8.6.11

Ku Telah Jatuh Cinta Padamu Mr Macs

Salam..ok kali ni entry ada lari sikit. Takmo citer pasal coklat. Daku nak citer pasal macaron lak pasal ku tengok semua blog pun duk heboh pasal macaron ni.. Demi menyahut cabaran en suami saya pun memulakan pelbagai investigation dan experiment. Agak cuak nak buat.. dah la banyak benor pantang larang yang ku dengar.. Tapi takpe,, belum cuba belum tahu.. Nanti ku tayang hasil-hasilnya yang ku kategorikan sebagai menjadi.. Yang tak jadi tu,, ku dah bagi cik tong makan..hehe..


Macaron coklat.. Sebagai penjual coklat, perisa ni antara yang wajib.


Tengah bakar dalam oven.. Sanggup ku melangut depan oven semata-mata nak tengok kaki dia naik. Yang ni saya agak puas hati.. Kaki semua naik cantik..


Macaron perisa Strawberry.. tak letak ganache lagi..





Kesimpulannya, buat macaron memang mencabar.. Sangat cerewet. Yang penting shell dia kena betul-betul kering..So, memang kena banyak sabar..Nak cantik kena sabar ok..dan gunalah baking sheet sebab hasilnya agak cantik dan senang nak cabut.. Macam gambar atas tu, permukaan dia rata dan cantik.. I LikEeee...

29.3.11

Me & Malaysian Chocolatier


Thanks so much to our Malaysian Chocolatier aka Chef Amer for your brilliant info & tips.. Practise make perfect. InsyaAllah akan ku pergunakan ilmu coklat itu dengan sebaiknya.. Its awesome!

10.3.11

Masker Coklat

Kengkawan, semalam saya sempat membelek majalah Aroma.. Ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsikan bersama.. Selain dimakan, coklat juga boleh dibuat masker, lulur dan sabun.. Macam best kan.. Kalau rajin boleh la buat sendiri kat rumah...




Resepi Lulur Coklat
Caranya: Campurkan serbuk coklat dengan air atau minyak zaitun. Kacau sampai menyerupai pasta. Sapu ke seluruh badan. Biarkan 15 minit. Lepas tu, bolehla gosok hingga sel kulit mati dan kekotoran tertanggal.


Resepi Masker Coklat
Bahan-bahan: Dark Choc, sedikit garam dan susu full cream.
Caranya: Cairkan coklat secara double boiler. Lepas tu masukkan garam dan susu full cream.. Pastu boleh la tepek kat muka.


Masker Rambut
Bahan: Dark choc dan sedikit minyak zaitun.
Caranya: Cairkan dark coklat. Masukkan minyak zaitun. Gaul rata hingga likat. Pastu, sapukan ke rambut dan biarkan kering selama 45 minit. Pastu bilas.


p/s: Cuba..jangan tak cuba ye..

11.10.10

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010



Hujung minggu ni kalau free boleh la ajak suami dan anak-anak ke Hari Coklat Malaysia 2010 ni.. Disamping mencari idea baru boleh juga cuci mata tengok produk orang lain.. Betul tak? Jom kita ramai-ramai ke Mid Valley..

Info lanjut: http://www.mccd.com.my

3.9.10

Salam Lebaran Dari QasehChoc

Assalammualaikum..



Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, saya & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam terutama buat pengunjung blog QasehChoc.. Terima kasih di atas sokongan anda semua & mohon maaf jika ada salah silap sepanjang saya mengendalikan kelas coklat mahupun semasa menerima tempahan anda..
Semoga gembira di Hari Raya bersama orang yg tersayang..

3.5.10

Site Visit ke Kedai Bakeri

Dah lama benor teringin nak menerjah kedai-kedai bakery yang cukup popular di kalangan pembuat kek ni.. Dulu sebelah mata pun saya tak pandang kat kedai-kedai macam ni..Apatah lagi nak menyinggah.. Tapi, semenjak-menjak dah berkecimpung dengan dunia coklat ni, saya selalu duk berangan bila la nak pergi, bila la nak singgah.. Maka, dengan penuh inisiatif saya pun duk pujuk-pujukla suami kesayanganku ke kedai bakeri ni.. Dengan alasan nak cuci mata je..
Tapi,,bila dah sampai..ermm,, cuci ke mana, mata ke mana.. Kalu boleh 1 kedai tu aku nak borong.. hehe.. Macam ni bawak duit RM1ooo pun tak cukup.. Rambang mata dibuatnya. Mana nak beli mold, mana nak beli kotak.. Sedar-sedar bakul di tangan dah penuh dengan barang..Nasib baik la pakwe kesayanganku begitu memahami.. Lepas ni janganla serik ye nak bawak saya lagi..

Wilton (ICCA)
1, Jln PJU 5/15
Dataran Sunway, Kota Damansara

Bake With Yen
No 30, Persiaran Puteri 1
Bandar Puteri, Puchong




Yummie
25-G-01, Jln Medan PB2B,
Bandar Baru Bangi




Bagus Marketing
56-58, Jln Rugby 13/30
Sek 13, Shah Alam
Kat atas ni, antara kedai-kedai bakeri yang saya sempat singgah masa cuti ari tu.. Paling best kedai Yummie, sebab segalanya ada disini.. Harganya pun murah belaka. Wilton (ICCA), paling selesa dengan kawasannya yang luas. Sunyi sepi lagi.. Semua produk Wilton ada kat sini.
Bagus, paling dekat dengan umah saya.. So, ini je la kedai emergency yang selalu saya pergi tatkala stok coklatku habis.. Tapi, Bagus pun ok jugak, cuma peralatan untuk buat coklat tak begitu banyak.. Maybe coklat masih baru di sini..

2.3.10

Tercapailah Sudah Impian





Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya menghasilkan coklat buatan sendiri.. Dalam keadaan tak sabar dan berdebar,, hasilnya amat lah marvelous & superb.. Rasanya.. ermm,,, 100% memang sama macam yang dijual di kedai.


**Yahoo!! aku dah bole buat coklat sendiri!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...