17.12.10

SeLamaT BerTunaNg AeiN..









Coklat Huruf 35 pcs dengan tema hitam putih & purple putih ni ditempah oleh Aein dari Klang untuk majlis pertunangannya.. Selamat bertunang akak ucapkan kepada Aein & pasangannya Nizam. Terima kasih kerana sudi order coklat dari QasehChoc..



9.12.10

Selamat Hari Lahir Nabil..






Tempahan coklat oreo dengan tema Transformers sempena besday Nadine Nabil yang ke 6 tahun.. Gambar diambil sebelum chocs dimasukkan ke dalam goodie bags.. Thanx ye mama Abin...

29.11.10

Coklat 35 Cavities



Coklat ni ditempah oleh my friend cum my very loyal customer iaitu Pn Nai dari Kota Kemuning on behalf of her colleague.. Dah selamat pun sampai ke Pahang. Thanx ye Nai coz sudi melayan coklatku dan belanja ari tuh.. Lain kali order pun keep the change gak erkk...huhu..



17.11.10

Lollichoc Oh Lollichoc!!



Alhamdulillah.. tempahan untuk lollychoc sentiasa ada.. Sesuai untuk semua majlis.. Doorgift untuk wedding, bertunang, cukur jambul, birthday.. Semua pun bole...

10.11.10

Hantaran Nikah Hitam Putih


La ni baru nak upload gambar Alphabet Chocs 35 pcs yang ditempah oleh my frenz Julie. Julie nak colourful chocs pelbagai bentuk.. Rasanya tahun ni banyak benor wedding guna tema hitam & putih.. Agaknya memang dah trend utk tahun 2010.. Apa pun, thanx ye cikgu Julie sebab sudi jadi my loyal customer.. Nanti order lagi ehh..

1.11.10

Alphabet Chocs Tema Pink


Alphabet Chocs 35 pcs yang ditempah oleh Isma. Nak mix colour pink & purple. Terima kasih kerana sudi menempah coklat dari Qasehchoc..

22.10.10

Lollichoc tema taman

Red Flowers

Bees

Black & Red Ladybird




Sebahagian lollichoc yang ditempah oleh Syikin dari Mersing.. Syikin just nak bentuk flowers, bee and ladybird. Alhamdulillah dah tiba ke Johor dengan selamatnya.. Thanx ye syikin for the ordered..



Esoknya terima sms dari Syikin yg buat saya rasa lega yg teramat:
"Salam kak, lolychoc dah sampai.. dah rasa pun..sedap & cantik.. Thanx kak...



11.10.10

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010



Hujung minggu ni kalau free boleh la ajak suami dan anak-anak ke Hari Coklat Malaysia 2010 ni.. Disamping mencari idea baru boleh juga cuci mata tengok produk orang lain.. Betul tak? Jom kita ramai-ramai ke Mid Valley..

Info lanjut: http://www.mccd.com.my

28.9.10

Hantaran Tema Hitam Putih



Ini tempahan dari Ija untuk majlis pertunangannya. Coklat 35 pcs pelbagai perisa. Agak ralat sebab tak dapat carikan kotak bookstyle kaler putih untuk coklat ni. Apa pun diharap Ija happy dengan coklat ni.. Selamat menempuh alam pertunangan ye Ija.. Terima kasih kerana menempah coklat dari QasehChoc.

21.9.10

Chocs Garden

Salam Semua..






Lolichoc yang telah disiapkan dengan jayanya.. Jenuh gak nak melayan. Tapi bab mewarna memang saya suka sangat-sangat.. Jadinya berjam-jam la duk mengadap coklat ni..

3.9.10

Salam Lebaran Dari QasehChoc

Assalammualaikum..



Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, saya & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam terutama buat pengunjung blog QasehChoc.. Terima kasih di atas sokongan anda semua & mohon maaf jika ada salah silap sepanjang saya mengendalikan kelas coklat mahupun semasa menerima tempahan anda..
Semoga gembira di Hari Raya bersama orang yg tersayang..

21.7.10

Hantaran Tema Merah

Tempahan paling mudah yang saya terima.. Hanya dengan beberapa sms..
Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia untuk Zarina dan pasangannya.. Terima kasih ye kerana sudi order coklat dari QasehChoc..





8.7.10

Chocolate Box

Assalammualaikum..



Lama gak saya duk perap gambar ni.. La ni baru nak upload kt sini.. Coklat box ni order daripada teman sekuliah masa kat Uitm dulu.. Dah bertahun tak jumpa.. Julie order 2 choc box dengan coklat bentuk love kaler merah.. Konon-konon nak surprisekan hubby tersayang..last-last anak yang duk ngadap dulu coklat tu..

Anyway, thanx ye Julie di atas order dan sokongan anda..

24.6.10

Hantaran Tema Gold





Coklat 35 pcs dah selamat di pos ke Kelantan. Beronak-berliku jalan yang ditempuhi.. Akhirnya sampai juga ke tangan pengantin baru.. Terima kasih ye dan semoga kalian berdua bahagia bersama hingga ke akhirnya.. Amin..


17.6.10

Jom Layan Kelas Coklat


Buat julung kalinya QasehChoc menerima student dari golongan lelaki.. Tak sangka ada juga yang berminat ye.. Bagi saya tak rugi untuk memiliki ilmu pembuatan coklat ni sebab selain boleh mendatangkan pendapatan, boleh juga kita buatkan untuk anak-anak tersayang..
Kedua-dua yang hadir sangat la sporting.. Terutama abang Usop. Katanya inilah first time dia pegang spatula dan coklat.. Sebelum ni asyik pegang mesin kat tempat kerja je.. See,, tangan keras pun boleh temper & deco coklat tau.. Jangan tak caya..
Apa pun, saya ucapkan terima kasih dan jangan takut untuk mencuba ok.. Kena rajin buat eksperimen.. Wishing u all the best.. Gambate Kudasai!

9.6.10

Happy Belated Birthday!



Tempahan coklat 16 pcs beserta message dari sis Mai untuk best frennye Kak Mimi.. Happy Belated Birthday Kak Mimi.. Semoga suksess selalu..

7.6.10

Hantaran Tema Purple




Coklat 35 pcs pelbagai perisa. Buat Hery & Nani, Selamat Pengantin Baru pada 6/6/2010 yang lalu..

4.6.10

A Lovely Messages For A Sweet Girl

Assalammualaikum..





Pesanan ringkas untuk 2 orang gadis.. Walaupun ringkas, tapi penuh makna. Betul la kata orang coklat melambangkan kasih sayang.. Hope u both enjoy the chocs..

31.5.10

Kelas Asas Coklat 30/5/2010


Kelas Asas Coklat Pada 30/5/2010. Dihadiri oleh Alin dan Rohaya dari Klang. Berposing dengan hasil yang telah dipelajari. Rajin-rajinlah buat coklat ye lepas ni Alin & Aya..

26.5.10

Bubble Wrap Plastic For Sale!


Digunakan untuk packing or deliver fragile items. Macam coklat yang teramatlah sensitifnya. Jadi, bubble wrap ni lah menjadi penyelamat untuk melindungi coklat yang dipos dari tercedera. hehe.. (Kin, ko punye ayat).. Ok..Sapa nak bagitau ye..

Status : Not Available..

20.5.10

Cerita Pasal Coklat..

Salam N Hi..

Dah lama juga saya tak update blog.. Ada beberapa order lagi yang saya belum kuarkan gambarnya.. Kekadang males jugak nak menghapdet ni..

Cuma coklat yang ni saya agak teruja skit membuatnya sebab ianya diorder oleh seorang kawan sekolah juga sedorm..15 tahun dah tak jumpa..Lama tuuu.. Disebabkan coklat inilah kami berjumpa.. Macam tak caya lak..
Thank you Nai for the order & thanks also for ur support..






Coklat 35 pcs & 9 pcs Untuk Suami Tercinta sempena Hari Lahirnya..


13.5.10

Coklat Untuk GF

Salam Jumaat semua..

Hari ni nak tayang sket gambar coklat 35 pcs yang ditempah oleh seorang jejaka sempena birthday buah hatinya yang jatuh pada hari ini.. Yang ke berapa tak pasti lak saya.


Coklat Pelbagai Perisa



Juga Choc Box Adamaya bersama 3 pcs of praline chocs.. Ermm..bertuahlah si Mila ni yea.. Makan coklat je le korang ari nie..






Choc Box AdaMaya dan Alphabet Chocs yang sedia untuk dihantar kepada tuan yang mengorder.. Thank you so much..


7.5.10

Order Dari Si Kecik













Setiap hari ada sahaja tempahan daripada murid-murid sekolah Integrasi.. Ini kesinambungan dari citer yang saya tulis dulu 'Rezeki 3 Batang' .. Alkisah, dari 3 batang itu lah, order meningkat dari hari ke hari.. Alhamdulillah.. Itulah rezeki namanya.. Bebudak ni kata coklat saya sedap.. Kembang jugak la saya mendengarnya.. Hohoho.. Maybe saya mengaplikasikan resepi kurang manis kot.. sebab saya sendiri pun tak makan manis.. Maka sebab itu semua coklat buatan saya tidak terlalu manis.. Nampaknya HOT PRODUCT QasehChoc adalah Lollychoc & Oreo Choc.. Apapun,, terima kasihlah pada anak-anak sekolah ni ye sebab sudi menjadi pelanggan tetapku..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...