Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

5.8.14

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Alhamdulillah tahun ni sambutan utk kuih raya kami agak memberangsangkan..terima kasih ye kepada semua pelanggan yang sudi membeli..selamat menikmati kuih raya kami..mohon maaf andai ada yang terkurang.

Tak lupa juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia..teristimewa untuk para pelanggan Roxana Kek & Coklat.. Maaf zahir dan batin..

Ikhlas dari Ana ♥♡♥

12.8.13

Salam Aidil Fitri 2013

Assalammualaikum semua.. masih belum terlambat lagi untukku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua sahabat, rakan taulan juga kepada customer Roxana Kek & Coklat khususnya.. Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap juga terkasar bahasa sekiranya ada semasa kita berurusan. Jika ada kekurangan, InshaAllah saya akan perbaiki dengan lebih baik lagi di masa akan datang.. Bersama-samalah kita bermaafan ye.. 0-0..

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pelanggan yang sudi membeli kuih raya kami tak kira samada secara online atau pun offline. Diharap semuanya berpuas hati dan gembira menikmati kuih raya homemade hasil buatan kami.. Mana yang terkurang harap dimaafkan. Mana yang terlebih saya sedekah dan halalkan.

Akhir kata, semoga AidilFitri tahun ini merupakan tahun yang terbaik untuk kita semua..happy selalu.. senyummm...

Ikhlas : Ana -> Roxana Kek & Coklat

22.7.13

Tempahan di tutup! 22.7.13

Untuk makluman, semua tempahan untuk kuih raya 2013 telah pun di TUTUP mulai hari ini. Penghantaran cookies akan dibuat bermula 29.7 - 1.8.13.
Terima kasih pelanggan yang dihormati..
Salam Ramadhan 1434H.

4.6.13

Sedikit Info

As Salam all..Kini, selain blog, anda boleh juga menemui Qaseh Choc di facebook Roxana Kek & Coklat.  Rajin-rajinlah singgah untuk info dan promosi terkini.





1.3.11

Kedai Dah Bukak!

Alhamdulillah.. QasehChoc sudah kembali beroperasi seperti biasa setelah lama berehat. So, kepada sesiapa yang teringin nak menempah dan menikmati coklat buatan QasehChoc boleh la call atau email ye.. Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...