31.5.10

Kelas Asas Coklat 30/5/2010


Kelas Asas Coklat Pada 30/5/2010. Dihadiri oleh Alin dan Rohaya dari Klang. Berposing dengan hasil yang telah dipelajari. Rajin-rajinlah buat coklat ye lepas ni Alin & Aya..

26.5.10

Bubble Wrap Plastic For Sale!


Digunakan untuk packing or deliver fragile items. Macam coklat yang teramatlah sensitifnya. Jadi, bubble wrap ni lah menjadi penyelamat untuk melindungi coklat yang dipos dari tercedera. hehe.. (Kin, ko punye ayat).. Ok..Sapa nak bagitau ye..

Status : Not Available..

20.5.10

Cerita Pasal Coklat..

Salam N Hi..

Dah lama juga saya tak update blog.. Ada beberapa order lagi yang saya belum kuarkan gambarnya.. Kekadang males jugak nak menghapdet ni..

Cuma coklat yang ni saya agak teruja skit membuatnya sebab ianya diorder oleh seorang kawan sekolah juga sedorm..15 tahun dah tak jumpa..Lama tuuu.. Disebabkan coklat inilah kami berjumpa.. Macam tak caya lak..
Thank you Nai for the order & thanks also for ur support..






Coklat 35 pcs & 9 pcs Untuk Suami Tercinta sempena Hari Lahirnya..


13.5.10

Coklat Untuk GF

Salam Jumaat semua..

Hari ni nak tayang sket gambar coklat 35 pcs yang ditempah oleh seorang jejaka sempena birthday buah hatinya yang jatuh pada hari ini.. Yang ke berapa tak pasti lak saya.


Coklat Pelbagai Perisa



Juga Choc Box Adamaya bersama 3 pcs of praline chocs.. Ermm..bertuahlah si Mila ni yea.. Makan coklat je le korang ari nie..






Choc Box AdaMaya dan Alphabet Chocs yang sedia untuk dihantar kepada tuan yang mengorder.. Thank you so much..


7.5.10

Order Dari Si Kecik













Setiap hari ada sahaja tempahan daripada murid-murid sekolah Integrasi.. Ini kesinambungan dari citer yang saya tulis dulu 'Rezeki 3 Batang' .. Alkisah, dari 3 batang itu lah, order meningkat dari hari ke hari.. Alhamdulillah.. Itulah rezeki namanya.. Bebudak ni kata coklat saya sedap.. Kembang jugak la saya mendengarnya.. Hohoho.. Maybe saya mengaplikasikan resepi kurang manis kot.. sebab saya sendiri pun tak makan manis.. Maka sebab itu semua coklat buatan saya tidak terlalu manis.. Nampaknya HOT PRODUCT QasehChoc adalah Lollychoc & Oreo Choc.. Apapun,, terima kasihlah pada anak-anak sekolah ni ye sebab sudi menjadi pelanggan tetapku..


3.5.10

Site Visit ke Kedai Bakeri

Dah lama benor teringin nak menerjah kedai-kedai bakery yang cukup popular di kalangan pembuat kek ni.. Dulu sebelah mata pun saya tak pandang kat kedai-kedai macam ni..Apatah lagi nak menyinggah.. Tapi, semenjak-menjak dah berkecimpung dengan dunia coklat ni, saya selalu duk berangan bila la nak pergi, bila la nak singgah.. Maka, dengan penuh inisiatif saya pun duk pujuk-pujukla suami kesayanganku ke kedai bakeri ni.. Dengan alasan nak cuci mata je..
Tapi,,bila dah sampai..ermm,, cuci ke mana, mata ke mana.. Kalu boleh 1 kedai tu aku nak borong.. hehe.. Macam ni bawak duit RM1ooo pun tak cukup.. Rambang mata dibuatnya. Mana nak beli mold, mana nak beli kotak.. Sedar-sedar bakul di tangan dah penuh dengan barang..Nasib baik la pakwe kesayanganku begitu memahami.. Lepas ni janganla serik ye nak bawak saya lagi..

Wilton (ICCA)
1, Jln PJU 5/15
Dataran Sunway, Kota Damansara

Bake With Yen
No 30, Persiaran Puteri 1
Bandar Puteri, Puchong




Yummie
25-G-01, Jln Medan PB2B,
Bandar Baru Bangi




Bagus Marketing
56-58, Jln Rugby 13/30
Sek 13, Shah Alam
Kat atas ni, antara kedai-kedai bakeri yang saya sempat singgah masa cuti ari tu.. Paling best kedai Yummie, sebab segalanya ada disini.. Harganya pun murah belaka. Wilton (ICCA), paling selesa dengan kawasannya yang luas. Sunyi sepi lagi.. Semua produk Wilton ada kat sini.
Bagus, paling dekat dengan umah saya.. So, ini je la kedai emergency yang selalu saya pergi tatkala stok coklatku habis.. Tapi, Bagus pun ok jugak, cuma peralatan untuk buat coklat tak begitu banyak.. Maybe coklat masih baru di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...