30.4.10

Chocolate Box AdaMaya


Chocolate Box ini saya berikan nama Adamaya. (Senang saya nak ingat). Ianya berbentuk Love, sangat istimewa dan boleh diisi dengan 3 pcs of chocolates. Buat pencinta coklat, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Choc Box AdaMaya ini..
RM17 Satu Set (Chocs + Box)

22.4.10

Rezeki 3 Batang


Malam semalam saya menerima sms daripada anak buah berbunyi " Cik Na, kawan Eca nak oder 3 batang lollichoc". Mau tergelak saya membacanya.. Dalam hati berkata 3 btg je?? Sambil senyum sorang2 saya balas sms " ok ".. Walaupun hanya 3 batang, saya tetap membuatnya. Takpe la, Sekurang-kurangnya, saya mampu mengembirakan anak-anak sekolah yang suka makan coklat.. Bila mereka happy, saya pun tumpang hepi..

Coklat Untuk Birthday Girl


20 pcs of coklat kipas


20 pcs of Oreo Choc

20 pcs of LolliChoc




Tempahan dari Cik Ujin untuk diberikan kepada kawan mengaji anaknya. Terima kasih daun keladi ye. Kalu sedap, oder la lagi.. hehe.. Buat Birthday Girl Sabrina, Selamat Hari Lahir yang ke 11 pada 20/4/2010. Have Fun!!

19.4.10

Siap Juga Akhirnya

Berhempas pulas saya menyiapkan tempahan yang satu ini.. Alhamdulillah siap juga walaupun menghantar pada tuan yang mengoder lewat tengah malam.. 110 pcs of chocolates khas untuk Batrisya Balqis..

Coklat Bentuk Kipas & Daun



Lollychoc Yang Berwarna-warni..


LollyChoc Dalam Plastik

Oreo Choc Hello Kitty

Coklat ditempah untuk diberi kepada kawan sekelas.. Buat Batrisya Balqis.. Hepi Besday yang ke 11 pada 20/4/2010.. Enjoy the chocs ok..






14.4.10

Oreo Choc Flower Edition


Oreo choc flower edition..Saiz yang tidak begitu besar. Sesuai dijadikan sebagai doorgift kepada tetamu or semasa birthday anak-anak..

12.4.10

Oreo Choc Gambar Sendiri







Edible image ni nak guna untuk besday Qaseh nanti. Tak sia-sia saya belajar adobe.. Yang bestnye,, boleh edit gambar sendiri. Lepas edit, barulah di print untuk dijadikan edible image.. Jika ada yang berminat nak letak gambar sendiri kat oreo choc boleh la order ye.. minimum order untuk oreo choc photo sendiri ialah 24 pcs..

*Email gambar anda saiz 500 pixel x 500 pixel.
*Save image dalam bentuk JPEG











Choc Box Na O Mei






Chocolate Box ni pun boleh diisi dengan 2 or 3 pcs of chocs.. Semua boleh di makan. Kecuali bear.. Actually, tak tau nak letak nama apa. NaoMei pun ok gaks.. hehehe..Kalau berminat, bagitau nama choc box ye..
RM 17 satu set ( Chocs + Box) -exclusive bear

Choc Box Kau Mawarku



Choc Box Kau Mawarku ni muat untuk diisi dengan 2 or 3 pcs of chocolates. Sangat cantik untuk dijadikan sebagai hadiah..




11.4.10

I Love U




I love u
U love Me
We are happy Family..
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too..






10.4.10

Choc Box Nur Kasih













Chocolate Box Nur Kasih Segiempat ni muat untuk 12 pcs of chocolates.. Sangat istimewa kerana chocolate dan choc boxnya semua sekali boleh di makan.. Semuanya diperbuat daripada coklat.. Jenuh jugak nak habiskan ni.. hehe.. Cantik dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.. So, sapa-sapa yang teringin nak makan kotak coklat boleh calling-calling ye..


** Saja je letak nama Nur Kasih. Jika berminat just bagitau nama choc box ye.. Senang sikit saya nak ingat..


RM 55 Satu Set



Lollichoc Untuk Qaseh & Qayyum



Kali ni saja buat Lollichoc untuk si kecik.. Qaseh cukup suka makan lolly ni.. Coklat la katakan.. Ngadap pun sekejap je..tup-tup abis dah.. Sepatutnya ada lagi sebatang,, tapi dah diberi kepada Yan & baby Akil.. huhu..sedap tak lolly tu Yan? Sori ye Yan bagi 1 je..sok datang lagi kita bagi lagi ye..
Untuk pengetahuan,, lollichoc saya ni ada 2 lapisan.. Lapisan atas di buat dari White Choc dan bawah pulak adalah Milk Choc.. Special for kids..





8.4.10

Praline Chocs ~ 6 pcs

6 pcs of praline chocs.. Assorted fillings : almond, raisin & cashewnuts




Chocs in Bookstyle Packaging..


5.4.10

ORDER! ORDER!





Alhamdulillah..Ini tempahan daripada Ann untuk little Fahmi sempena Hari Lahir yang pertama.. Hepi Besday ye Fahmi..Be a good boy ok..
Coklat yang ditempah:
- Assorted Praline Chocs
- Oreo Choc
- Lollychoc






My Transfer Sheet


Ini sebahagian koleksi transfer sheet yang saya ada.. Kalau tahun lepas saya sibuk dengan jahit manik & tudung.. nampaknya tahun 2010 ni, saya dah mula terjebak dengan hobi baru..semuanya berkaitan coklat..
Cara nak pakai transfer sheet ni pun senang je.. Coklat pun nampak cantik & eksklusif..

Koleksi Kotak Coklat

Pilihan Kotak Untuk Anda


Window Boxes With Tray

Boxes available for 2,3,4,6,9,12,15,16,24,35 Cavities

Book Style Boxes




Special Request Boxes
Suitable for Birthday / Hantaran




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...