28.11.13

Resipi Brownies Coklat

Assalammualaikum semua..
Alkisah, hari tu ada buat brownies coklat.. cari punya cari, pastu terjumpa la resipi dari Puan Salhah Bujang...resipi pun mudah dan simple. Pakai kacau-kacau je. Tapi ada alter sikit resipi. Saya gunakan dark chocolate compound, rasanya memang sedap..
Jom intai resepinya..

Bahan-bahan:
250g Dark Chocolate
200g Butter
180g Gula halus
1 tsp esen vanila
4 biji telur
200g Tepung gandum - ayak
200g Walnut/ Almond cincang- panggang dulu




Cara Buat Brownies:

Double boil coklat gelap hingga cair

Cairkan Butter dan masukkan dalam adunan coklat. Kacau rata ye.


Masukkan gula. Kacau rata

pukul sikit telur dengan garfu Dan masukkan dalam adunan coklat tadi.


Masukkan tepung sikit -sikit. Gaul rata dan sebati.
Last, baru masukkan kacang cincang 

Sediakan loyang. Lapik dengan kertas minyak. Lebihkan sikit bahagian tepi supaya senang nak angkat kek nanti


Bakar suhu 160c 40 minit. (Ikut oven masing-masing).
Jangan overbaked lak ye..

Inilah rupanya Dark Chocolate Brownies. saya deco simple je dengan coklat drizzle. Kalau Nak lebih sedap lagi bole tuang coklat ganache di atasnya.. meleleh..memang meletopss!

Ok...selamat mencuba...happy baking uallss..


6 comments:

  1. um...saiz tray tu saiz apa yer...mcm nk cuba j...

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap & senang..suke makan..tapi tak pernah buat sendiri..pasni boleh cube la:)

    ReplyDelete
  3. Nak tanye, api tak payah matikan ke sepanjang proses buat brownies nie?

    ReplyDelete
  4. Gambar last tu mcm xsama je..

    ReplyDelete
  5. saya dh cuba mmg sedap n cantik saja dia naik πŸ‘¨πŸ»πŸ‘πŸ» thanks yaa 😜

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...