10.12.13

Kek Bola Sepak

Birthday cake untuk Nabil yang ke 9 tahun.. Memandangkan Nabil adalah peminat real madrid no 1, so mama Nabil request kek bola berwarna biru dan putih.. dan kali ni saya buat kek coklat tanpa telur dihiasi dengan buttercream frosting..

Enjoy! Happy Birthday Nabil! Selamat menjamu selera semua.. nyum..nyum..


Football Cake with buttercream frosting.

28.11.13

Resipi Brownies Coklat

Assalammualaikum semua..
Alkisah, hari tu ada buat brownies coklat.. cari punya cari, pastu terjumpa la resipi dari Puan Salhah Bujang...resipi pun mudah dan simple. Pakai kacau-kacau je. Tapi ada alter sikit resipi. Saya gunakan dark chocolate compound, rasanya memang sedap..
Jom intai resepinya..

Bahan-bahan:
250g Dark Chocolate
200g Butter
180g Gula halus
1 tsp esen vanila
4 biji telur
200g Tepung gandum - ayak
200g Walnut/ Almond cincang- panggang dulu




Cara Buat Brownies:

Double boil coklat gelap hingga cair

Cairkan Butter dan masukkan dalam adunan coklat. Kacau rata ye.


Masukkan gula. Kacau rata

pukul sikit telur dengan garfu Dan masukkan dalam adunan coklat tadi.


Masukkan tepung sikit -sikit. Gaul rata dan sebati.
Last, baru masukkan kacang cincang 

Sediakan loyang. Lapik dengan kertas minyak. Lebihkan sikit bahagian tepi supaya senang nak angkat kek nanti


Bakar suhu 160c 40 minit. (Ikut oven masing-masing).
Jangan overbaked lak ye..

Inilah rupanya Dark Chocolate Brownies. saya deco simple je dengan coklat drizzle. Kalau Nak lebih sedap lagi bole tuang coklat ganache di atasnya.. meleleh..memang meletopss!

Ok...selamat mencuba...happy baking uallss..


18.9.13

Hadiah Oreo Chocs untuk pengantin

Coklat oreo 12 pcs. Moga pasangan pengantin gembira dengan hadiah yang diberikan..Thanx nadia..

6.9.13

Coklat Untuk Guru

Ordernya dah lama..tapi baru nak upload..sorry yekk.. terlupa sudah..kekadang busy menghapdet page di fb, sampai lupa nak post disini..
Anyway, ini order dari Lin sempena hari guru tempoh hari..thanx ye lin..

Jom singgah jap fb Roxana Kek & Coklat.. mana tau ada yang anda perlukan di situ..

30.8.13

Top Selling ~ Marshmallow Pop!

Siapa suka mashmallow? Angkat tangan! Kami sajikan Mashmallow Pop khas untuk anda yang gemarkan coklat dan mashmallow.. chewy gitu.. rasa coklatnya yang meleleh memang marvelous.. ditambah pula dengan warna yang colourful.. Ada yang nak cuba? Sesuai sangat untuk dijadikan doorgift kepada tetamu kecik juga boleh dihidangkan di candy buffet anda..

Layari facebook Roxana Kek Dan Coklat untuk detail info. Like la sekali page tu ye..hikhiks.. :D

Tempahan Coklat Oreo

Untuk peminat coklat. Coklat Oreo in gold case packaging.. anak-anak pasti sukakannya..~~> Di buka untuk tempahan <~~

Layari fb Roxana Kek & Coklat untuk info & tempahan.

29.8.13

Kadar Tukaran Unit Dalam Masakan

Assalammualaikum semua.. hari ni tetiba rasa nak share nota baking conversion yang selalu saya refer tatkala membaking.. ianya sebagai nota untuk diriku dan mungkin juga bermanfaat untuk orang lain. Agak mudah dan praktikal.. bukan apa korang, kadang kadang tengok resepi ada yang pakai sukatan gram dan ada juga yang pakai sukatan cawan.. jadi bila ada conversion ni membantu jugalah untuk yang amatur macam saya ni..

Sukatan sudu
1 tbsp = 14.79 ml cecair
3 tsp = 1 tbsp
4 tbsp = 1/4 cawan
16 tbsp = 1 cawan

Butter
1 cup = 227 gram
1/2 cup = 113 gram

Coklat Cip
1 cawan = 152 gram

Serbuk koko
1 cawan = 128 gram

Baking powder
1 tbsp = 12 gram

Tepung Gandum & Gula Aising
1/8 cawan = 16 gram
1/4 cawan = 32 gram
1/2 cawan = 64 gram
1 cawan = 128 gram

Gula halus/kastor
2 tbsp = 25 gram
1/4 cawan = 50 gram
1/2 cawan = 100 gram
1 cawan = 201 gram

Madu
2 tbsp = 43 gram
1/2 cawan = 170 gram
1 cawan = 340 gram

21.8.13

Coklat Pralin yang menggoda

Morning semua.. amacam raya tahun ni? Ada ok? Saya seperti biasalah, semuanya secara sederhana..tahun ni giliran beraya belah husband di Banting. Alhamdulillah semuanya happy belaka..rasa syukur sangat masih berpeluang jumpa mil n adik beradik husband.. anak2 pun happy dapat main dengan sepupunya.. moga ikatan mesra dan kasih sayang ini berpanjangan..InshaAllah. ameenn..

Nak citer la skit pasal kuih raya.. tahun ni first time saya tak buat coklat pralin macam tahun tahun lepas.. saja je ingat nak pelbagaikan kuih maka ku abaikan saja coklat pralin sebab macam dah boring asyik buat coklat je..tahun ni try la buat tart nenas & honey corn pulak.. saja je test market..
tapi..

Rupa-rupanya masih ada peminat rupanya coklat ni..ada la sorang customer ni, katanya beliau teringin sangat nak rasa coklat pralin tu utk raya ni..tahun sudah dah merasa sekali coklat tersebut..so, tahun ni teringat ingat la pulak.. nak di jadikan cerita rupanya beliau sedang pregnant dan mengidam.. mendengarkan kisah itu maka daku pun terbuat jugalah coklat pralin tahun ni.. bukan apa u ollss,,sian kat baby dalam perut tu kang meleleh je air liur gara-gara tak dapat makan coklat buatan ku..
Diharapkan customer tu puas hati & happy la ye.. Alhamdulillah , akhirnya dapat gak merasa coklat pralin tu.

Dan ketika saya menulis di blog ini, nak di jadikan cerita, ada lagi sorang customer whatsapp katanya mengidam cheezy tart nenas la pulak.. aikk..awat sume orang duk ngidam ni? Dah tu ngidam kuih yang limited edition pulak tu.. aiseyy.. stok kuihku semua dah abis..nak buat baru memang la bercinta.. bukan apa, penat buat kuih ari tu belum hilang lagi sebenarnya.. maaflah customer ku ye..tak dapatla daku nak membuatnya.. tahun depan bole? Sanggup ke tunggu?..huhu

Amboii..panjang lebar lak posting ari ni.. sekali sekala.. :)

.. 

Inilah rupanye coklat praline yang diidam-idamkan itu..

12.8.13

Salam Aidil Fitri 2013

Assalammualaikum semua.. masih belum terlambat lagi untukku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua sahabat, rakan taulan juga kepada customer Roxana Kek & Coklat khususnya.. Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap juga terkasar bahasa sekiranya ada semasa kita berurusan. Jika ada kekurangan, InshaAllah saya akan perbaiki dengan lebih baik lagi di masa akan datang.. Bersama-samalah kita bermaafan ye.. 0-0..

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pelanggan yang sudi membeli kuih raya kami tak kira samada secara online atau pun offline. Diharap semuanya berpuas hati dan gembira menikmati kuih raya homemade hasil buatan kami.. Mana yang terkurang harap dimaafkan. Mana yang terlebih saya sedekah dan halalkan.

Akhir kata, semoga AidilFitri tahun ini merupakan tahun yang terbaik untuk kita semua..happy selalu.. senyummm...

Ikhlas : Ana -> Roxana Kek & Coklat

2.8.13

Oh! Kuih Raya ku..

Salam.. latest update: Saya dah kurier kuih raya menggunakan Gdex.. InshaAllah selamat sampai ke pintu rumah anda.. Any comment or feedback on my cookies sila inform saya ye. Thanx all.

Roxana Kek & Coklat

22.7.13

Tempahan di tutup! 22.7.13

Untuk makluman, semua tempahan untuk kuih raya 2013 telah pun di TUTUP mulai hari ini. Penghantaran cookies akan dibuat bermula 29.7 - 1.8.13.
Terima kasih pelanggan yang dihormati..
Salam Ramadhan 1434H.

15.7.13

NEW! Coklat Ball

NEW ! NEW!

Cookies terbaru dari QasehChoc ~  COKLAT BALL ~
Kuih raya campuran nestum dan serbuk badam kemudian di salut pula dengan coklat susu. Rasanya memang marvelous!

Tarikh last order 22.7.2013

Berminat? Pm saya ye..
Atau singgah fb Roxana Kek & Coklat untuk order..

Thanx all.

13.7.13

Homemade Cookies

Delivery date on 1.8.2013

Dibuka untuk tempahan;

Honey Corn Coklat ~ Rm18/ 30 pcs
Durian Kokolicious ~ Rm18 / 30pcs

Pick up point:
1) Petron Batu 3, Shah Alam
2) Giant seksyen 13, Shah Alam
3) kompleks Pkns, Shah Alam
4) Menara Celcom, kl

Homemade Cookies Raya

Cheezy Tart Nenas yang gebu dengan campuran mozarella cheese.. Rasanya memang tersangatlah sedap.. saya suggest anda cuba cookies ni..

Almond Rocher ~ Jualan Tertinggi disepanjang musim perayaan.. chuncky roasted almond & raisin disaluti coklat premium yang bermutu tinggi..

Open for order..

Kuih Raya 2013


Salam semua.. kuih raya datang lagi.. tahun ni kuih raya lebih menggoda dan mengancam.. InshaAllah rasa lebih sedap.. tak rugi beli..

Dibuka untuk tempahan;

1.  Coklat Ball
2.  Durian Kokolicious
3.  Cheezy Tart Nenas
4.  Honey Corn Coklat
5.  Almond Rocher

Nak tempah hamper pun boleh ye uollss.. price hamper range from Rm30 - Rm50..

Call/sms Ana 011 12367369
Whatsapp 013 2045725

21.6.13

Info Terkini dari QasehChoc..


Assalammualaikum wbt..
Salam sayang semua. Info terkini dari Tuan Tanah..hehehe..

1) Disebabkan ruang lokasi yang agak terhad, bermula tahun 2013, saya TIDAK lagi mengendalikan Kelas Asas Coklat. Mohon maaf ye kawan-kawan semua sebab ramai yang email/sms bertanyakan kelas coklat yang saya kendalikan.. InshaAllah, akan datang, jika ada rezeki dan diizinkan Allah, mungkin saya akan kembali mengendalikan  kelas coklat tersebut..Mana tahukan..So, doa-doakanlah ye..

2) Untuk Penghantaran produk coklat, kek atau cookies, Mulai tahun 2013 juga,
Untuk hari Isnin - Jumaat, semua tempahan coklat, kek dan cookies boleh self collect di Pinggiran USJ.

Hari Sabtu dan Ahad boleh collect sama ada di Petron Batu Tiga, Shah Alam, Giant Sek 13, Shah Alam atau di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Mohon update ye semua.. Terima kasih..

Jom singgah Roxana kek & Coklat

4.6.13

Sedikit Info

As Salam all..Kini, selain blog, anda boleh juga menemui Qaseh Choc di facebook Roxana Kek & Coklat.  Rajin-rajinlah singgah untuk info dan promosi terkini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...