3.5.10

Site Visit ke Kedai Bakeri

Dah lama benor teringin nak menerjah kedai-kedai bakery yang cukup popular di kalangan pembuat kek ni.. Dulu sebelah mata pun saya tak pandang kat kedai-kedai macam ni..Apatah lagi nak menyinggah.. Tapi, semenjak-menjak dah berkecimpung dengan dunia coklat ni, saya selalu duk berangan bila la nak pergi, bila la nak singgah.. Maka, dengan penuh inisiatif saya pun duk pujuk-pujukla suami kesayanganku ke kedai bakeri ni.. Dengan alasan nak cuci mata je..
Tapi,,bila dah sampai..ermm,, cuci ke mana, mata ke mana.. Kalu boleh 1 kedai tu aku nak borong.. hehe.. Macam ni bawak duit RM1ooo pun tak cukup.. Rambang mata dibuatnya. Mana nak beli mold, mana nak beli kotak.. Sedar-sedar bakul di tangan dah penuh dengan barang..Nasib baik la pakwe kesayanganku begitu memahami.. Lepas ni janganla serik ye nak bawak saya lagi..

Wilton (ICCA)
1, Jln PJU 5/15
Dataran Sunway, Kota Damansara

Bake With Yen
No 30, Persiaran Puteri 1
Bandar Puteri, Puchong




Yummie
25-G-01, Jln Medan PB2B,
Bandar Baru Bangi




Bagus Marketing
56-58, Jln Rugby 13/30
Sek 13, Shah Alam
Kat atas ni, antara kedai-kedai bakeri yang saya sempat singgah masa cuti ari tu.. Paling best kedai Yummie, sebab segalanya ada disini.. Harganya pun murah belaka. Wilton (ICCA), paling selesa dengan kawasannya yang luas. Sunyi sepi lagi.. Semua produk Wilton ada kat sini.
Bagus, paling dekat dengan umah saya.. So, ini je la kedai emergency yang selalu saya pergi tatkala stok coklatku habis.. Tapi, Bagus pun ok jugak, cuma peralatan untuk buat coklat tak begitu banyak.. Maybe coklat masih baru di sini..

4 comments:

  1. New Fan! Following you! :) Hope you follow me back as well! :) If you have a moment follow my online shopping store having collection of fashion accessories that suits such types of pleasing personalities like you.


    Thank You.
    online shopping store
    http://www.theonlineshoppingstore.com

    ReplyDelete
  2. Thanks for great information you write it very clean. I am very lucky to get these tips from you.

    Regards,
    Ray Grimm

    ReplyDelete
  3. I would really like your post ,it would really explain each and every point clearly well thanks for sharing.

    Thank You.
    Shopping address in usa
    http://www.servicesinamerica.com

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat pergi sendiri kat kedai bakery ni..misti tk cukup mata mencari memandang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...