
31.5.10
26.5.10
Bubble Wrap Plastic For Sale!
20.5.10
Cerita Pasal Coklat..
Salam N Hi..
Dah lama juga saya tak update blog.. Ada beberapa order lagi yang saya belum kuarkan gambarnya.. Kekadang males jugak nak menghapdet ni..
Cuma coklat yang ni saya agak teruja skit membuatnya sebab ianya diorder oleh seorang kawan sekolah juga sedorm..15 tahun dah tak jumpa..Lama tuuu.. Disebabkan coklat inilah kami berjumpa.. Macam tak caya lak..
Thank you Nai for the order & thanks also for ur support..


13.5.10
Coklat Untuk GF
7.5.10
Order Dari Si Kecik





Setiap hari ada sahaja tempahan daripada murid-murid sekolah Integrasi.. Ini kesinambungan dari citer yang saya tulis dulu 'Rezeki 3 Batang' .. Alkisah, dari 3 batang itu lah, order meningkat dari hari ke hari.. Alhamdulillah.. Itulah rezeki namanya.. Bebudak ni kata coklat saya sedap.. Kembang jugak la saya mendengarnya.. Hohoho.. Maybe saya mengaplikasikan resepi kurang manis kot.. sebab saya sendiri pun tak makan manis.. Maka sebab itu semua coklat buatan saya tidak terlalu manis.. Nampaknya HOT PRODUCT QasehChoc adalah Lollychoc & Oreo Choc.. Apapun,, terima kasihlah pada anak-anak sekolah ni ye sebab sudi menjadi pelanggan tetapku..
3.5.10
Site Visit ke Kedai Bakeri
Dah lama benor teringin nak menerjah kedai-kedai bakery yang cukup popular di kalangan pembuat kek ni.. Dulu sebelah mata pun saya tak pandang kat kedai-kedai macam ni..Apatah lagi nak menyinggah.. Tapi, semenjak-menjak dah berkecimpung dengan dunia coklat ni, saya selalu duk berangan bila la nak pergi, bila la nak singgah.. Maka, dengan penuh inisiatif saya pun duk pujuk-pujukla suami kesayanganku ke kedai bakeri ni.. Dengan alasan nak cuci mata je..
Tapi,,bila dah sampai..ermm,, cuci ke mana, mata ke mana.. Kalu boleh 1 kedai tu aku nak borong.. hehe.. Macam ni bawak duit RM1ooo pun tak cukup.. Rambang mata dibuatnya. Mana nak beli mold, mana nak beli kotak.. Sedar-sedar bakul di tangan dah penuh dengan barang..Nasib baik la pakwe kesayanganku begitu memahami.. Lepas ni janganla serik ye nak bawak saya lagi..
1, Jln PJU 5/15
Dataran Sunway, Kota Damansara
No 30, Persiaran Puteri 1
Bandar Puteri, Puchong
25-G-01, Jln Medan PB2B,
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi
56-58, Jln Rugby 13/30
Sek 13, Shah Alam
Kat atas ni, antara kedai-kedai bakeri yang saya sempat singgah masa cuti ari tu.. Paling best kedai Yummie, sebab segalanya ada disini.. Harganya pun murah belaka. Wilton (ICCA), paling selesa dengan kawasannya yang luas. Sunyi sepi lagi.. Semua produk Wilton ada kat sini.
Bagus, paling dekat dengan umah saya.. So, ini je la kedai emergency yang selalu saya pergi tatkala stok coklatku habis.. Tapi, Bagus pun ok jugak, cuma peralatan untuk buat coklat tak begitu banyak.. Maybe coklat masih baru di sini..
Subscribe to:
Posts (Atom)