Alhamdulillah, last week sempat siapkan cuppies untuk sambutan birthday di Monterez Golf Club.
22.1.14
Cupcakes untuk si comel
20.1.14
Kek Cheese Meleleh
Rayyan turns 3!
Kek Cheese meleleh untuk birthday boy Rayyan..
Strawberry cake with topping cheese.. edible image Minnion..
Size 8" round.
Jika anda berminat untuk menyambut birthday seseorang dengan cheese cake meleleh ni, inbox saya ye.. or whatsapp 013 2045725. Kek juga boleh didapati dengan perisa vanilla, coklat, pandan atau orange. Nak letak image sendiri pun boleh.
Fb Roxana Kek & Coklat
14.1.14
Resepi Homemade Popcorn
Salam all.. Sapa suka makan popcorn? Selalu beli kat kedai je..harga boleh tahan mahal..sekarang dah boleh buat sendiri..tak payah beli lagi dah..sesuai untuk makan makan di rumah, buat goody / party pack atau pun sebagai menu untuk candy buffet..
Boleh cuba ye..
Bahan-bahan:
1 tbsp minyak
1/2 cawan bertih popcorn
Cara:
1) panaskan minyak dalam periuk. Api sederhana besar.
2) minyak dah panas, masukkan sedikit biji popcorn, jika dah start meletup, masukkan semua sekali..
Jangan lupa tutup periuk sebab popcorn akan meletup dan melompat..
3) bila bunyi meletup tu dah stop, baru matikan api. Sejukkan sekejap
Lepas tu, bolehlah buat perasa popcorn pulak. Kali ni saya buat caramel popcorn.
Bahan-bahan
1 cawan gula perang
1/2 cawan light corn syrup
1 cawan butter
1 tsp garam
1/2 tsp baking soda
1 tsp mocha atau cappuccino paste/ emulco (optional -rasa coffee sikit)
Cara buat:
1. Campur gula, corn syrup, butter dalam periuk.. panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan garam,baking soda dan paste.. kacau sebati.
3. Tuang atas popcorn yang dah masak tadi. Gaul rata.
4. Untuk keringkan dan rasa crunchy, Bakar dalam oven 150c, 30 minit (ikut oven masing2). Balik balikkan setiap 10 minit.
5. Pisahkan popcorn yang melekat dan bercantum.. sejukkan.
6. Simpan dalam tupperware bertutup.
Selamat mencuba.. untuk step by step lebih detail boleh refer blog sini